Lambakkan vitamin dipasaran amat memeningkan kepala untuk buat pilihan. Sebelum bonda temui Vitamin Shaklee, bonda dah cuba banyak jenama lain samada yang dijual di Farmasi mahu pun melalui agen-agen jualan langsung.

Asalnya bonda consume products Shaklee diatas cadangan doktor klinik tempat bonda melahirkan anak sulung, tahun 1991. Kerana masa itu bonda mengidap anemia (kurang darah). Semasa mengidap anemia, bonda mudah nak pitam, muka pucat, badan selalu lemah, orang nampak bonda tidak bermaya. Padahalnya umur masih muda, awal 20an masa tu.

Mula-mula doktor bagi bonda makan ubat klinik, ubat iron. Tapi bila bonda makan ubat iron tu, bonda sembelit sehingga tahap najis keluar bersama darah, seksa wooo. Bila bonda beritahu doktor tersebut, masa itulah doktor tu menyarankan bonda untuk makan vitamin.

Awal tahun 90an, Vitamin adalah sesuatu yang tidak dipandang penting. Termasuklah bonda sendiri, tetapi disebabkan doktor yang suruh, maka bonda akur, dan mengikut jer apa doktor cakap.

Alhamdulilah, setelah makan secara istiqomah selama 2 minggu, bonda dapat rasa sendiri perubahan pada tenaga bonda, membuang pun mudah. Dan yang paling terasa bahagianya, orang keliling tegur muka bonda nampak fresh dan kemerahan. hihihi terperasan kejap.

Selepas habis 1 set yang bonda beli mula-mula tu, bonda dah tidak repeat order. Sebab terasa dah sihat. dan diatas sebab musabab yang tidak dapat nak dikongsikan … hahaha.

Hidayah datang

Pada tahun 1996, bonda mendapat 1 kesedaran apabila bonda menyedari mak dan bapa bonda, malah hampir semua mak pak sedara yang ada dikeliling bonda, semua dapat penyakit diumur 40an. Bonda terfikir “apakah aku jugak akan dapat penyakit diumur 40 nanti?”

Bermula dari itu, perhatian bonda jadi automatik cepat jer tangkap bab-bab kesihatan. Dulu-dulu tiada internet, hanya melalui TV, radio, surat khabar dan majalah sahaja. Bila keluar ke mana-mana, bonda suka masuk kedai buku, mencari tentang kesihatan.

Bonda makan vitamin di farmasi-farmasi. Kebetulan masa tu musim bonda kerap kena sakit tekak dan migrain. Dalam sebulan atleast mesti kena sekali sakit tekak, menanggung lak dalam seminggu baru pulih. bergitu juga dengan migrain, dalam sebulan atleast mesti kena 2x, menganggung lak 2 hari baru nak pulih.

Vitamin shaklee

Brand yang top-top difarmasi tu, hampir semua bonda dah makan. Kemudian bonda beralih lak kepada produk direct selling. namun tiada yang memberi kesan apa-apa. dalam tempuh masih mencari itu la, Bonda bertemu semula dengan Shaklee.

Bertemu semula Vitamin Shaklee

Suatu hari tu, Bonda pergi ke rumah sahabat Bonda yang terletak d Petaling Jaya. Bonda ternampak botol-botol Shaklee bersusun di atas meja dapur rumahnya. Maka bonda terus dapatkan contact nombor agen Shaklee.

Maka bermula disitu lah Bonda kembali kepada Shaklee. Bonda start semula dengan set asas yang terdiri 3 jenis produk. Alhamdulilah, selepas seminggu bonda memang dapat rasa perbezaan kesedapan badan. malah setelah consume 3 bulan lebih baru bonda sedar yang bonda sudah tidak diserang migrain dan sakit tekak.

Apabila produk ini memberi kesan yang sangat baik kepada tubuh bonda, bonda terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Shaklee. Ya Allah, bonda sangat bersyukur ditemukan dengan produk yang begitu teliti pembikinanya. yang mengutamakan keselamatan dahulu kemudian baru pergi kepada keberkesananya.

Founder Shaklee

Founder nya adalah Dr. Forrest C. Shaklee telah dilahirkan pada tahun 1894 di Carlisle, Iowa. Sejak dilahirkan beliau telah disahkan menghidap tuberkulosis atau penyakit batuk kering yang kita kenali sebagai Tibi. Doktor pada waktu tersebut pula telah menjangkakan beliau hanya mampu hidup sehingga usia 8 tahun sahaja.

Pada usia 27 tahun, Dr. Shaklee sekali lagi diuji dengan 1 lagi penyakit iaitu cancer yang telah merebak dalam tubuhnya, sehinggakan doktor yang merawat beliau mencadangkan untuk memotong tangan beliau.

Disitulah bermulanya Vitamin Shaklee pertama tercipta, Dr. Shaklee membuat kajian keatas tumbuh-tumbuhan. Kerana beliau percaya mesti ada solusi kepada setiap penyakit. Produk pertama tercipta adalah VITALIZE MINERAL. Itu lah yang Dr. Shaklee amalkan, penyakit Cancer nya tidak memudaratkan beliau. Dengan itu, ramalan doktor yang merawat beliau dulu yang mengatakan beliau tidak akan hidup lama dapat disangkalkan.

Betapa hebatnya seorang insan yang dikurniakan jiwa kental, sambil melawan penyakitnya, sambil berusaha mencari solusi keatas penyakitnya. Dr. Forest C Shaklee dapat meneruskan kehidupanya dengan sihat dan meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Filosophy Dr. Shaklee

Itu adalah antara point-point yang menyebabkan bonda memilih Shaklee sebagai ikhtiar sihat dan bonda benar-benar telah jatuh cinta dengan produk ini. Bonda dah tak pandang dah yang lain. Shaklee sudah cukup. Asbab produk ini, bonda sihat dan boleh mengerjakan ibadat dengan baik. Dan banyak lagi benefit yang bonda dapati sejak consume Produk Shaklee

Boleh explore lebih lagi tentang produk shaklee di link ini. Kepada yang berminat nak tahu lebih lagi, boleh wasap bonda ya, touch icon wasap yang ada disebelah kiri anda.