Yunnan, satu nama yang sangat mahu kebanyakkan orang pergi. Yes, salah satu tempat lawatan yang indah di negara china. Jom terus baca sharing saya ini, sharing ini adalah berdasar pengalaman saya sepanjang 6 hari di Yunnan (09 – 14hb April 2026)
Sebelum jejak kaki ke Yunnan, saya ingat China cuma pasal bangunan tinggi, bandar sibuk, traffic yang tak pernah tidur. Salah sangkaan saya… Saat pertama kali sampai, rasa macam masuk dunia lain. Udara dia sejuk-sejuk nyaman, bukan jenis yang menyakitkan, tapi yang buat kita nak tarik nafas dalam-dalam dan cakap, “Eh bestnya sini…”

Intro Yunnan
Yunnan merupakan sebuah wilayah yang terletak di bahagian selatan China, terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang memukau serta kepelbagaian budaya yang unik. Bersempadan dengan negara seperti Myanmar, Laos dan Vietnam, Yunnan menjadi pintu masuk kepada pengalaman yang berbeza daripada bandar-bandar besar lain di China seperti Beijing atau Shanghai. Ibu wilayahnya adalah Kunming.
Apa yang membuatkan Yunnan begitu istimewa adalah landskapnya yang sangat pelbagai. Dari gunung-ganang yang tinggi, tasik yang jernih, hingga ke ladang teh yang menghijau luas, setiap sudut di Yunnan seolah-olah lukisan alam yang hidup. Salah satu tempat yang paling terkenal ialah Lijiang Old Town, sebuah bandar lama yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Jalan-jalan batu yang klasik, rumah tradisional dan suasana romantik menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk pelancong yang ingin menikmati suasana santai dan penuh sejarah.
Selain itu, Shangri-La juga merupakan destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Nama “Shangri-La” sendiri membawa maksud syurga dunia yang tersembunyi, dan sememangnya tempat ini memberikan pengalaman seperti berada di dunia lain. Dikelilingi oleh pergunungan Himalaya, udara yang segar dan budaya Tibet yang kuat menjadikan Shangri-La sangat unik dan menenangkan jiwa.

Destinasi Popular:
- Kunming: Ibu negeri yang dikenali sebagai “Bandar Musim Bunga”.
- Dali: Kota lama yang bersejarah dan memukau.
- Lijiang: Tapak warisan dunia dengan keindahan kampung tradisional.
- Shilin (Stone Forest): Hutan batu yang diiktiraf UNESCO.

Cerita saya :
Bila sampai ke Lijiang Old Town… ya Allah, memang terus jatuh cinta. Jalan batu lama, rumah kayu klasik, lampu-lampu tergantung yang berkelip waktu malam — semua nampak macam dalam drama China. Setiap sudut tu… Instagram-worthy tanpa perlu filter. Tapi yang paling buat hati tersentuh, bukan sekadar tempat…. It’s the feeling.
Lepas tu bila sampai ke Shangri-La — ini level lain pula. Tempat ni memang layak dipanggil “syurga tersembunyi”. Dikelilingi gunung, langit biru luas, dan suasana yang sangat damai. Bila berdiri kat situ, rasa kecil… tapi dalam masa yang sama rasa sangat cukup.
Satu lagi yang buat Yunnan special — budaya dia. Yunnan ada banyak etnik minoriti, each dengan gaya hidup sendiri. Dari pakaian tradisional sampai makanan, semua ada cerita. Kita bukan sekadar melancong, tapi macam belajar kehidupan dari perspektif yang lain.

Makanannya
Bab makan memang tak boleh skip. Datang sini, wajib cuba Crossing the Bridge Noodles. Cara makan dia unik, rasa dia pun lain macam. Sup panas, bahan segar… simple tapi sangat satisfying. Yang bestnya, banyak makanan kat sini guna bahan semula jadi — sayur fresh, herba, cendawan liar. Rasa dia ringan tapi cukup.
Minuman penting
Di Yunnan, teh bukan sekadar minuman. Dia macam sebahagian daripada kehidupan. Yunnan sebenarnya antara tempat asal teh di dunia. Banyak ladang teh yang luas, hijau terbentang atas bukit-bukau — bila tengok sendiri, baru faham kenapa teh di sini terasa lebih “hidup”. Daun dia segar, udara bersih, dan cara orang sini jaga pokok teh memang penuh perhatian.

Sebab tu rasa teh dari Yunnan lain sikit. Lebih wangi, lebih lembut… dan ada rasa yang susah nak explain, tapi bila minum, rasa tenang. Orang tempatan pula memang dah biasa minum teh setiap hari. Bukan untuk gaya hidup mewah, tapi sebagai rutin — pagi minum, sembang dengan keluarga, rehat sekejap pun minum teh.
Saya ada la beli 4 jenis bawa balik, aromanya memang membuatkan kita rasa nyaman dan rasa sentiasa nak minum.
Stone Forest
Mula-mula Stone Forest , daripada jauh dah nampak batu batan, mungkin fikir… “eh batu je pun?” Tapi bila dah jalan masuk ke dalam… terus diam! Memang rasa macam masuk dunia lain. Batu-batu tinggi berdiri tegak macam pokok — sebab tu dipanggil “hutan batu”. Ada bentuk pelik-pelik, ada yang nampak macam haiwan, ada yang macam manusia. Berjalan di celah-celah batu tu pula rasa macam sesat dalam maze semula jadi. Setiap langkah ada view baru. Sunyi… tapi cantik. Simple… tapi luar biasa.
Jade Dragon Snow Mountain
Perjalanan diteruskan ke satu lagi highlight yang memang tak boleh dilupakan — Jade Dragon Snow Mountain. Tapi yang menarik, sebelum sampai ke puncak… kami singgah beberapa tempat dulu. Dan sebenarnya… itulah part yang buat perjalanan ni lagi bermakna. Setiap stop ada vibe sendiri. Ada tempat yang penuh kehijauan, ada yang terbuka luas dengan gunung di kejauhan. Udara makin lama makin sejuk, dan perlahan-lahan… gunung salji tu mula muncul di depan mata.
Dari jauh pun dah cantik. Bila makin dekat… terus rasa kagum. Ada satu moment tu, berdiri diam… tengok gunung tu… dan dalam hati cuma terfikir: “Betul ke aku tengah tengok semua ni”. Mata melihat gunung-ganang putih diselaputi salji. Putih yang betul-betul putih, bersih tiada cela. Cantik yang tak reti nak describe. Terima kasih Allah memberi aku rezeki sampai ke sini dan menikmati keindahan ciptaan NYA.

Kesimpulannya
Perjalanan ke Yunnan bukan sekadar tentang tempat-tempat yang cantik, tapi tentang perasaan yang kita temui sepanjang jalan. Dan mungkin… ada sebahagian kecil hati kita yang tertinggal di sana, tanpa kita sedari. Saya belajar bahawa keindahan bukan hanya pada apa yang kita lihat, tetapi pada apa yang kita rasa. Dan perjalanan ini… bukan sekadar kenangan, tetapi satu rasa yang akan sentiasa hidup dalam hati.
Last but not least
Satu benda kecil yang banyak membantu sepanjang trip ke Yunnan — Supplement yang saya bawa sendiri. Dengan cuaca yang berubah-ubah, perjalanan yang panjang, dan aktiviti yang agak padat… badan memang perlukan extra support. Sebab tu saya memang tak tinggal Shaklee Vitalize Multivitamin dan Shaklee Vitamin C. Simple je… tapi cukup membantu. Rasa lebih bertenaga sepanjang hari, tak mudah letih walaupun berjalan jauh, dan yang paling penting — badan rasa lebih “kuat” untuk enjoy setiap moment tanpa risau jatuh sakit. Kadang-kadang benda kecil macam ni lah yang buat perjalanan kita jadi lebih smooth dan tenang. Kenapa saya begitu setia dan percaya Shaklee? Baca artikal di link ini untuk mendapat jawapannya.


Anda teringin atau berminat nak menyertai traval bersama saya? Anda boleh wasap saya dengan touch icon Whatsapp yang ada dikiri bawah paparan ini. Just nyatakan keinginan anda dan kita boleh borak-borak tentang travel dan juga tentang kesihatan.
Follow saya disemua media social saya :
Facebook Page : Info Sihat Bonda
FB Personal : Sukma Abdul
Facebook Page : Travel Bestie Squad
Instagram : Travel Bestie Squad
TikTok : Sukma Abdul
