Review and feedback blog mega shaklee 1.0 .Syukur sangat-sangat dikurniakan sahabat-sahabat dalam industri perniagaan Shaklee yang sangat baik dan tidak lokek ilmu. Terima kasih Master Norita Idris & Master Salwa Zeyn yang mencetuskan projek blog mega shaklee ini. Saya bukan blogger… terasa bertuah dan terpilih oleh Allah untuk menyertai group Euphoria.

Sebenarnya saya bukan rajin menulis… malah nak duduk mengadap laptop lama-lama pun … saya bukan orangnya. Tetapi dalam tak pandai dan tak reti, saya paksa diri buka buku, cari rujukkan dan explore sana-sini, untuk memenuhi criteria yang dikehendaki, sebab saya hendak belajar, saya serah diri untuk diajar. Alhamdulilah saya berjaya melepasinya, dan paling best… saya dapat gift u alll…. dapat vivix pulak tu… sungguh-sungguh tak sangka… dapat gift idaman semua orang. Terima kasih kepada master Norita dan master Salwa. Saya rasa entry saya tu bukan best mana pun… Syukur Alhamdillah … rezeki jangan ditolak.

Sukma Serasi menang Vivix

Review and feedback

Review and feedback blog mega shaklee 1.0

Awalnya saya tak ada blog, sebab tak rasa diri ini reti menulis, tetapi kerana tuntutan perniagaan zaman sekarang maka saya dengan terpaksa mengadakan juga blog yang di beri nama INFO SIHAT BONDA.

Mungkin saya agak ketinggalan sedikit tetapi saya buat jugak lah demi hendak pergi jauh dalam perniagaan Shaklee. Dan untuk pengetahuan anda, blog saya ini direka oleh Pixellensa pada tahun 2021. Pastu saya tak buat apa-apa pun selepas itu, tak reti, saya kosong tentang blog.

Sehinggalah saya dengar kebanyakkan Master-master kata salah satu channel untuk mendapatkan sales adalah melalui blog. Barulah saya mula berjinak-jinak dengan blog saya. Dan apabila peluang dibuka untuk menyertai projek blog mega shaklee, saya tidak fikir dua kali, terus bagi nama! Saya berkata dalam hati, “Sukma, kau kena terima cabaran ini kalau hendak upgrade diri!”

Dengan adanya  project blog mega shaklee ini, saya dah nampak jalan dah tentang kepentingan blog. Dengan menyerah diri untuk dibimbing oleh Master Salwa Zeyn & pencetus idea project ini, Master Norita Idris, telah membuatkan saya jadi seronok pula nak menulis.

Baru saya sedar bahawa saya jenis kena “push”… betul ke? Hermmm ntah lah… hihi.

Saya sangat menghargai kedua-dua Master hebat ini. Asbab mereka memaksa saya buat dua task pulak tu, maka saya jadi rajin menulis dan memerah otak, baru la terasa menggunakan otak ini sepenuhnya… hahaha.feedback blog mega shaklee

Semasa hendak menyiapkan BLOG MEGA SHAKLEE 1.0 …. cabaran saya ialah berebut laptop dan mouse dengan cucu. Tapi ikut konsep orang-orang berjaya… nak seribu daya… tak nak seribu dalih. Alhamdulilah, siap juga task pertama saya INTERMITTENT FASTING dan SET KURUS SHAKLEE.

BERGURU LEBIH AFDAL

Kalau anda berminat nak belajar buat blog, saya sangat mencadangkan untuk berguru lah dengan Master dua orang ini. Anda tidak akan rugi. Saya sendiri akan terus berguru dengan dia orang ni, rasa tak puas lagi ilmu yang dpt setakat ini, rasa nak lagi dan lagi dan lagi.

Blog ialah laman web di mana seseorang menulis tentang pendapat, aktiviti atau pun pengalaman peribadi. Kebaikkan dan keistimewaan berblog ni, antaranya, kita boleh menjadikan tempat kita mencurah idea dan meninggalkan ilmu-ilmu yang mungkin bermanfaat kepada mereka yang memang suka mencari info melalui website/blog.

Saya dah nampak dah apa yang akan saya buat setelah saya pencen kelak, ya… saya akan menjadikan blog ini sebagai tempat saya mencurahkan ilmu dan berkongsi rasa dengan pembaca blog. Terima kasih master Norita dan Master Salwa Zeyn. Hanya Allah sahaja yang akan membalas segala jasa kalian. Review and feedback blog mega shaklee 1.0