
Trend terkini yang sedang famous untuk menurunkan berat badan, iaitu INTERMITTENT FASTING.
INTERMITTENT FASTING adalah puasa berselang dengan menjarakkan atau melambatkan waktu makan. Ianya bukan sekadar puasa kosong, tetapi ianya sangat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita.
INTERMITTENT FASTING (IF) merupakan sebuah diet yang berkonsep mengatur pola makan anda mengikut jadual yang tertentu. Menggunakan kaedah puasa sebagai medium utama diet, ia bukan sahaja menarik minat ramai individu beragama Islam malah individu beragama lain juga. Tidak terhenti disitu, IF juga sangat popular di dunia barat lebih-lebih lagi dalam kalangan para atlet dan selebriti. Kini di Malaysia, IF sering menjadi topik hangat di media sosial dan media massa yang lain.

Secara ringkasnya, IF boleh menurunkan berat badan terutama untuk jangka masa pendek.
Apa yang berlaku apabila kita INTERMITTENT FASTING dengan cara yang betul?
Badan akan bagi signal kepada hormon untuk mengoptimumkan pembakaran lemak yang tersimpan dalam badan sebagai tenaga.
Peningkatan HGH (Human Growth Hormone) & level insulin menurun. Proses pembaikian sel-sel badan dan expresi gen akan berlaku. Malah, menurunkan paras kolesterol dan lemak dalam badan.
Selain itu, INTERMITTENT FASTING melambatkan proses penuaan sel badan. Kaedah semulajadi untuk ‘detox’ tubuh badan kita selain peranan organ hati yang menjalankan proses detoksifikasi. Banyak lagi manfaat lain berpuasa. Saya hanya sebut beberapa.
Dalam kajian ini, sel yang berada dalam keadaan ‘starvation’ & persekitaran yang rendah nutrisi akan mengaktifkan proses Autophagy. Iaitu suatu proses pemusnahan, penyingkiran, kitaran semula sel-sel tua, rosak, mutasi yang dilakukan organel Lysosome.
Kesalahan Ketika INTERMITTENT FASTING :
Antara kesalahan IF yang sering dilakukan adalah:
- Tidak bersenam atau melakukan aktiviti fizikal
- Bergantung sepenuhnya pada amalan diet
- Tidak puasa sepenuhnya (i.e. minum selain air yang disyorkan)
- Tidak mematuhi jadual makan atau batas kalori
Anda perlu segera berhenti mengamalkan IF sekiranya terdapat tanda-tanda seperti yang dibawah dan terus menghubungi klinik atau hospital yang berdekatan:
- Pitam
- Pening kepala
- Lemah badan / lesu
- Tubuh menggeletar / menggigil
- Penglihatan kabur
Anda disyorkan untuk tidak mengamalkan IF sekiranya terdapat tanda-tanda seperti :
- Terdapat penurunan prestasi kerja
- Aktiviti harian terganggu

Adakah IF sesuai untuk semua orang?
IF mungkin berkesan untuk turunkan berat badan tapi tidak sesuai untuk semua orang. Antara mereka yang berisiko untuk melakukan IF:
1. Pesakit Diabetes yang tidak terkawal.
2.Mereka dalam ketegori ‘malnourished’ seperti pesakit kanser, kekurangan berat badan dan eating disorder.
3.Ibu mengandung dan sedang menyusukan anak
4.Mereka yang mempunyai masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat.
5.Tekanan darah rendah
6.Perlu mengambil ubat bersama/selepas mengambil makanan
Mudah cerita, INTERMITTEN FASTING ni lebih sesuai untuk orang yang sihat. Kalau anda ada penyakit, lebih baik berbincang dengan doktor dan pakar yang bertauliah dulu.
Boleh explore juga link ini INTERMITTENT FASTING untuk rujukkan seterusnya.
Terima kasih info yang sangat bermanfaat.