Hari raya adalah hari yang paling best untuk bergaya. Kerana itu lah, hari yang akan terkumpulnya setiap ahli keluarga. dan yang paling best jugak, waktu bergambar. Itu sebabnya kita perlu kurus sebelum raya.

Semua orang nak mengabadikan gambar keluarga sebagai kenangan. Setiap tahun umur masing-masing akan bertambah. Maka gambar-gambar lah yang akan menjadi bukti diri kita pada umur tahun tersebut.

Maka disebabkan itu lah semua orang hendak kelihatan cantik, menawan dan bergaya. Jom KURUS SEBELUM RAYA.

KURUS SEBELUM RAYA
Bergaya langsing dihari raya

Jom kurus sebelum raya. Gemuk atau obes, adalah berat badan yang berlebihan daripada berat ideal seseorang. Berat ideal atau di panggil sebagai BMI, bulih dikira dengan formula = berat (kg) bahagi tinggi x 2 (m).

Bagaimana Susah Nak Kurus?

Makanan yang mengandungi kalori yang tinggi dengan lemak dan gula, Apabila dimakan berlebihan maka ia akan membuatkan badan kita jadi gemuk.

Begitu juga kalau makan makanan yang berlebihan karbohidrat ia jugak menyumbang ke arah kegemukkan. Gula apabila diambil dalam kadar yang tinggi, ia akan meningkatkan kadar insulin.

Insulin adalah hormon yang akan menukarkan gula kepada tenaga tetapi sekiranya diambil dalam kadar yang berlebihan maka gula tersebut akan tersimpan sebagai lemak.

Makanan yang mengandung banyak lemak tepu juga akan menyebabkan pengumpulan lemak dalam tubuh. Lemak tepu adalah jenis lemak yang ada dalam makanan seperti daging. Mentega. Keju dan minyak kelapa.

Pengambilan lemak tepu yang berlebihan dapat meningkatkan kadar kolesterol jahat dalam darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Vitamin Kurus Shaklee Bantu Turunkan Berat Sebelum Raya

Vitamin Kurus Shaklee sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.

Pada artikal saya sebelum ini SET PUASA SHAKLEE adalah set yang paling simple untuk diamalkan bagi tujuan menurunkan berat badan.

Namun begitu, Shaklee juga mempunyai program penuh untuk menurunkan berat badan melalui set HELLO NEW YOU.

Kurus sebelum raya, adalah lebih mudah dapat hasil apabila dibuat bersama INTERMITENT FASTING, Bersahur dengan set HELLO NEW YOU, berbuka dengan SET PUASA SHAKLEE.

Kenapa anda perlu menggunakan produk shaklee? Kerana produk shaklee terbukti selamat dan berkesan.

SHAKLEE bukan calang-calang nama, produk international dan telah pun memenangi hadiah TRUSTED BRAND kategori food suppliment oleh Reader Digest, kemenangan ini adalah pilihan daripada pengguna.

Secara ringkas saya terangkan kebaikan setiap produk :

  1. Life Shake – Sebagai penganti makanan. Membuatkan kita kenyang sepanjang hari.
  2. Cinch – Juga sebagai penganti makanan, mengawal selera, mengandungi Leucine, ianya untuk memelihara otot supaya firm tidak gelebeh.
  3. Omega Guard – mencairkan lemak dalam darah dan bantu meningkatkan metabolisma.
  4. Lecithin – Membantu mencairkan lemak.
  5. Herb Lax – Membantu proses penyingkiran lemak. Menyingkirkan toksin dari usus dan akan membuatkan perut kita ringan dan kempis.
  6. ESP – Protin daripada sumber tumbuhan, membantu menurunkan paras kolestrol dan memberi tenaga.
  7. Performance Drink – Air isotonik tanpa karbonet (gas), menghilangkan dahaga dan membekalkan tenaga.

Nak kurus sebelum raya memerlukan kekuatan mental dan fizikal, saya tidak kata ianya sangat susah atau pun mudah, ianya hanya perlukan keazaman yang benar-benar kuat. Bila kita fokus dan consistance maka ianya akan jadi mudah. Hasil yang akan kita perolehi adalah sangat berbaloi.

Maintain Kurus Sebelum Dan Selepas Raya

Berat mencecah hampir 90kg dengan ketinggian 159cm. Bayangkanlah dengan tingginya dan dengan besar nya. Terasa cam kingkong, hihi, saat yang paling susah adalah, apabila duduk atas lantai, bila nak bangun, aduhhh susah you all. Semasa solat, dari berdiri nak turun sujud, susah!!! Bila dah duduk, nak bangun. adoiii susah oiiii. Hanya Allah sahaja yang tahu.

MAK SEDARA TAK KENAL

Ada satu insiden berlaku semasa saya balik kampung di Temerloh. Sepanjang PKP 2 tahun tak balik kampung, sepanjang dalam PKP itu lah badan saya naik bagai dipam-pam. Bila PKP dilonggarkan, bapa saudara saya yang tinggal di Jengka buat kenduri, maka kami pun ke Jengka lah untuk menghadiri jemputan bapa saudara saya.

Selepas kenduri di Jengka, kami bergerak ke Temerloh untuk menziarahi ibu saudara. Dah alang-alang balik Pahang, berjalanlah pergi menziarahi ibu bapa saudara yang ada disana. Semasa sampai di rumah ibu saudara yang kami panggil sebagai Mak Uda, kami semua bersalaman, semasa bersalam dengan saya, lama mak uda merenung saya, seperti orang yang tidak dikenali, bila saya bersuara bertanya kenapa mak uda pandang begitu, baru lah dia bersuara.

Sambil senyum dan beristigfar, dia kata dia hampir tidak mengenali saya, dia tanya “kenapa gemuk sangat ni? sampai mak uda tak kenal”. Aduhhh Tergamam saya, malah bukan saya sahaja yg tergamam, semua yang mendengar pun terdiam seketika. Tetapi suasana sunyi itu tidak lama apabila saya buat-buat gelak. Semenjak dari itu lah, saya nekad untuk turunkan berat badan. SET HELLO NEW sangat membantu saya. Alhamdulilah.

#blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriump2023 #shakleecod #shakleesg buloh