Bila sebut B Complex, ada setengah orang kata, “takut lah, nanti naik berat badan”. Mungkin betul kepada sesetengah B Complex yang ada dipasaran. Setengah orang pula kata, B Complex ni “kuat sangat baunya”. Mungkin juga ada pada jenama lain.

Vitamin ini salah satu dari nutrisi asas yang diperlukan oleh tubuh kita bagi kesihatan menyeluruh. Vitamin ini membantu badan untuk menghasilkan tenaga dan penghasilan sel darah merah. Pengambilan vitamin B boleh membantu merawat atau mencegah masalah kesihatan tertentu.

Sama ada sedar atau tidak, STRESS adalah punca permulaan datangnya pelbagai penyakit. Kerana stress yang tersimpan dalam badan akan melemahkan sel-sel tubuh, bila sel lemah, maka ia tidak mampu untuk melawan radikal bebas yang mendatang.

Sebenarnya Vitamin B kompleks ialah sekumpulan vitamin B yang memainkan peranan penting dalam fungsi badan anda, termasuk kesihatan kardiovaskular dan sel. B complex membantu memelihara fungsi organ tubuh seperti otak, sistem pencernaan, saraf, jantung, mata, sistem metabolisme sel dan kulit badan terutama kulit wajah.

Ringkasan fungsi-fungsi 8 B yang perlu ada dalam B Complex :

  • B1 (thiamine) – Adalah penting untuk fungsi melawan kelesuan, kesihatan otot, saraf dan jantung.
  • B2 (riboflavin) – Sebagai antioksidan dan melawan radikal bebas. Dan meredakan keletihan mata.
  • B3 (niacin) – Membantu mengawal sistem saraf dan penghadaman serta menyusahkan kolestrol daripada masuk dalam darah.
  • B5 (pantothenic acid) – Diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Dan mengelakkan depressi.
  • B6 (pyridoxine) – Menyokong sistem imunisasi dan membantu badan menyerap protein. Dan menenangkan emosi.
  • B7 (biotin) – Terlibat dalam pengeluaran hormon & Membakar makanan menjadi tenaga.
  • B9 (folic acid) – Membena sel-sel, menghasilkan sel darah merah dan memelihara sel DNA.
  • B12 (cobalamin) – Penting untuk mengedarkan oksigen ke seluruh tubuh. Dan melindungi kulit daripada mudah terjadinya jeragat.

Gejala kekurangan B :

  1. Mudah letih dan tidak bermaya
  2. Bangun tidur pagi rasa tidak puas tidur
  3. Selalu moddy atau tak de mood.
  4. Mudah pening dan kalau migrain, ia mudah diserang.
  5. Wajah nampak tidak ceria.

Kebaikkan B :

  1. Sentiasa rasa rajin dan tidak cepat letih.
  2. Bangun tidur rasa puas dan segar.
  3. Mood sentiasa happy dan tenang.
  4. Susah nak diserang pening kepala
  5. Wajah sentiasa ceria dan kelihatan segar.
  6. Tidak mudah marah atau melenting.
  7. Stress harian tidak akan tersimpan dalam badan kerana stress yang tersimpan dalam badan dan otak, akan menyebabkan pelbagai penyakit.

Antara penyakit punca kekurangan B Complex :

  1. Lelah / asthma
  2. Migrain
  3. Anemia
  4. Kolestrol tinggi
  5. Semua yang berkaitan dengan stress.

Nasihat saya

Vitamin B bersifat larut air. Ia tidak tersimpan dalam badan dalam tempoh yang lama. Kepada yang sedia consume B Complex maka makanlah secara berterusan, anda tidak akan rugi. Kepada yang belum ambil B Complex, Amik lah. Sekiranya belum ada sebarang penyakit, vitamin ini akan bantu anda mencegah penyakit hinggap. Kepada yang dah ada penyakit, vitamin ini akan bantu membaik pulih dan meringankan masalah kesihatan anda.

Sekiranya anda yang dah ada certain penyakit, B Complex sahaja tidak cukup kuat untuk membantu meredakan masalah kesihatan. Anda perlu tambah certain produk untuk melengkapkan proses pemulihan. Tambahan produk tersebut bergantung pada masalah kesihatan anda.

Hubungi saya untuk sembang-sembang kesihatan di 0123134457. Dan anda boleh baca artikel saya yang lain di https://infosihatbonda.com/blog/