Collagen atau kolagen, automatic orang akan terfikir tentang nak awet muda. Nak meremajakan kulit. Disebabkan itu, ramai dikalangan orang-orang yang merasa diri dah tua, tidak mahu consume collage. Takut jadi muda tidak seiring dengan umur.

Sebenarnya tanggapan itu salah sama sekali! Jom saya explain apakah sebenarnya kolagen. Kolagen ialah sejenis protein yang paling banyak dalam badan kita. Ia ibarat “gam” yang memegang kulit, rambut, kuku, tulang, sendi dan salur darah supaya kekal kuat dan anjal. Dalam erti kata lain, ianya GAM untuk keperluan segalanya dalaman kita. Seluruh badan kita memerlukan collagen.

Apa fungsi collagen?

Sendi & tulang

  • Membantu mengekalkan kesihatan sendi dan rawan.
  • Menyokong kekuatan tulang.

Kulit

  • Membantu kulit nampak tegang dan anjal.
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus.
  • Membantu kulit kekal lembap.

Rambut & kuku

  • Menyokong kesihatan rambut dan kuku.
  • Namun collagen bukanlah vitamin utama untuk pertumbuhan rambut.

Kenapa collagen berkurangan?

Badan kita menghasilkan collagen secara semula jadi, tetapi penghasilannya mula menurun sekitar umur 25 tahun dan semakin ketara selepas umur 40 tahun.

Faktor yang mempercepatkan kehilangan collagen:

  • Peningkatan umur
  • Pendedahan matahari berlebihan
  • Merokok
  • Pengambilan gula yang tinggi
  • Kurang tidur
  • Tekanan yang berpanjangan

Apa yang kolagen dapat bantu untuk tulang dan sendi?

Ramai orang ingat tulang hanya terdiri daripada kalsium, tetapi sebenarnya kira-kira 30% daripada struktur tulang adalah collagen. Collagen bertindak seperti rangka atau “scaffold” yang memberi kekuatan dan sedikit fleksibiliti pada tulang.

Untuk tulang

Collagen membantu:
✅ Menjadi asas tempat kalsium melekat pada tulang
✅ Menjadikan tulang lebih kuat dan tidak mudah rapuh
✅ Menyokong ketumpatan tulang apabila usia meningkat

Tanpa kolagen yang mencukupi, tulang boleh menjadi lebih rapuh walaupun ada kalsium.

Untuk sendi

Di hujung tulang terdapat rawan (cartilage) yang bertindak sebagai kusyen.

Collagen membantu:
✅ Mengekalkan struktur dan ketebalan rawan
✅ Mengurangkan geseran antara tulang ketika bergerak
✅ Menyokong kelenturan dan pergerakan sendi
✅ Membantu mengurangkan ketidakselesaan sendi bagi sesetengah individu

Apa yang kajian tunjuk?

Sesetengah kajian mendapati pengambilan kolagen secara konsisten selama beberapa bulan boleh membantu:

  • Mengurangkan sakit sendi ringan hingga sederhana
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Menyokong kesihatan rawan

Tetapi kesannya biasanya perlahan, bukan seperti ubat tahan sakit yang memberi kesan segera.

Personal message saya dengan touch icon whatsapp yang ada di kiri paparan ini. Saya akan consult apa yang sepatutnya anda perlukan. Terima kasih.

Cadangan untuk kesihatan menyeluruh luar & dalam: Cantik di luar, sihat di dalam

🌸 Collagen – Kulit anjal & awet muda
💪 ESP – Bina dan baiki tisu badan
🍊 Vita C – Kulit berseri & imuniti kuat
❤️ Omega – Jantung sihat, otak cerdas
B Complex – Kurang letih, lebih bertenaga
🦴 Ostenutrix – Tulang dan sendi lebih kuat
Vivix – Perlindungan antioksidan menyeluruh
🌿 Vitalize – Menyokong tenaga dan kesihatan harian

“Wah, banyaknya nak makan!” 😅… Mesti spontan terkeluar ayat ni..kaan 😅

Sebenarnya konsepnya sama sahaja seperti kita menikmati satu hidangan yang lengkap. Dalam satu pinggan, ada nasi sebagai sumber tenaga, ikan atau daging sebagai sumber protein, sayur-sayuran untuk vitamin dan mineral, serta buah-buahan untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian.

Setiap makanan mempunyai fungsi yang berbeza, dan badan kita memerlukan kepelbagaian nutrien untuk berfungsi dengan baik.

Makanan bernutrisi

Begitu juga dengan suplemen. Setiap satunya menyokong aspek kesihatan yang berbeza seperti kulit, tulang, sendi, jantung, otak, tenaga dan perlindungan antioksidan. Ia bukan tentang mengambil banyak produk, tetapi tentang melengkapkan keperluan nutrisi badan yang mungkin tidak mencukupi daripada pemakanan harian.

Kesihatan yang menyeluruh bukan datang daripada satu nutrien sahaja, tetapi daripada gabungan nutrisi yang saling melengkapi antara satu sama lain. 🌸

Tambahkan keyakinan anda dengan membaca artikel ini KENAPA SUPPLEMENT SHAKLEE TERBAIK

Follow saya disemua media social saya :

Facebook Page : Info Sihat Bonda

Facebook Personal : Sukma Abdul

Instagram : Info sihat bonda su

TikTok : Sukma Abdul