Penyusuan susu ibu adalah anugerah terindah buat seorang ibu. Ia bukan sekadar cara memberi nutrisi, tetapi juga membina kasih sayang, sentuhan dan ikatan emosi antara ibu dan bayi. Namun, tidak semua ibu dapat menyusu dengan mudah — antara cabaran utama ialah penghasilan susu yang sedikit, cepat penat, dan badan rasa lemah selepas bersalin. Teruskan membaca untuk banyakkan susu ibu.
Di sinilah pentingnya penjagaan pemakanan ibu menyusu. Badan ibu memerlukan tenaga, zat dan sokongan nutrisi yang lengkap untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. Susu ibu yang sihat bukan sahaja membantu bayi membesar dengan kuat, malah melindungi ibu daripada keletihan dan tekanan selepas bersalin.
Kenapa Susu Ibu Penting
Susu ibu mengandungi antibodi semula jadi yang melindungi bayi daripada jangkitan, membantu perkembangan otak dan sistem imun. Bayi yang mendapat susu ibu sepenuhnya juga cenderung mempunyai sistem pencernaan yang lebih baik dan jarang jatuh sakit.
Bagi ibu pula, penyusuan membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan rahim, membantu mengembalikan bentuk badan serta menstabilkan hormon emosi selepas bersalin.
Nutrisi yang Diperlukan oleh Ibu Menyusu
Ibu menyusu perlu lebih banyak protein, kalsium, zat besi, vitamin C, dan asid lemak omega-3 untuk menyokong penghasilan susu dan kesihatan diri. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan susu berkurang, ibu mudah letih dan bayi tidak mendapat zat secukupnya.
Oleh itu, pengambilan set penyusuan Shaklee boleh menjadi pilihan selamat dan semula jadi untuk membantu ibu kekal bertenaga sambil memperbanyakkan susu.

Manfaat Produk Shaklee untuk Ibu Menyusu
🌿 ESP – Energizing Soy Protein
Sumber protein berkualiti tinggi yang membantu membina tisu badan dan memperbanyakkan susu. ESP juga memberi tenaga berpanjangan dan membantu kulit ibu kekal cantik serta sihat.
🌿 Alfalfa Complex
Dikenali sebagai “milk booster semula jadi”, Alfalfa membantu merangsang penghasilan susu ibu. Selain itu, ia membantu masalah keputihan, membuang angin dalam badan, dan memperbaiki sistem pencernaan.
🌿 Vita-Lize Iron Formula
Multivitamin lengkap dengan zat besi yang membantu mengembalikan tenaga dan mengelak anemia. Ia juga memastikan ibu kekal cergas dan tidak lesu sepanjang tempoh penyusuan.
🌿 Sustained Release Vita-C Plus
Meningkatkan imuniti ibu dan bayi serta membantu penyerapan zat besi. Kulit ibu juga kelihatan lebih segar dan berseri. Membantu mengurangkan rasa mual atau morning sickness.
🌿 Ostematrix
Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D — penting untuk menguatkan tulang, gigi serta mengelak kekejangan otot. Ibu menyusu sering kehilangan kalsium, jadi Ostematrix membantu menampung keperluan ini agar tidak mudah lenguh atau sakit belakang. Membantu mempermudahkan proses pembuangan.

🌿 B-Complex dengan Asid Folik
Membantu mengawal tekanan, menstabilkan hormon dan mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin (postpartum blues). Mencegah kecacatan tiub neural pada bayi.

Kesimpulan
Set penyusuan Shaklee bukan ubat ajaib, tetapi ia menyokong tubuh ibu dari dalam — Banyakkan susu ibu, memberi tenaga, memperbanyakkan susu dan menjaga kesihatan keseluruhan. Bila ibu sihat, hati tenang, susu pun lancar, bayi pun gembira dan membesar dengan sempurna. Sebagai ibu, mengamalkan pemakanan sihat adalah tanggungjawab seorang ibu. Pengamalan pemakanan yang sihat buka sahaja untuk bayi malah untuk tubuh badan si ibu juga.
💚 Ingat, susu ibu bukan sekadar rezeki anak, tetapi hadiah kasih dari hati seorang ibu yang kuat dan penuh cinta. Tambahkan keyakinan anda dengan membaca artikel ini KENAPA SUPPLEMENT SHAKLEE TERBAIK
Anda boleh wasap saya dengan touch icon Whatsapp yang ada dikiri bawah paparan ini.
Follow saya disemua media social saya :
Facebook Page : Info Sihat Bonda
Facebook Personal : Sukma Abdul
Instagram : Info sihat bonda su
TikTok : Sukma Abdul
You Tube : Sukma Abdul
