9 sebab kenapa community bisnes Shaklee sangat best

9 sebab kenapa community bisnes Shaklee sangat best. Saya telah consume produk Shaklee ni, memang lah dah lama… sejak 1996. Saya hanya makan sendiri dan untuk keluarga saya sahaja. Sehingga la tahun 2020 baru lah saya terbuka hati untuk berkongsi tentang kebaikan Shaklee.

Join Shaklee sejak 1996
Join Shaklee sejak 1996

Apabila saya hendak memulakan perkongsian, ianya agak sedikit mudah kerana saya menggunakan pengalaman sendiri dan pengalaman ahli keluarga untuk membuat sharing dengan orang lain… tetapi  semakin banyak saya buat perkongsian, semakin banyak pula yang saya tidak tahu. Maka bermula lah saat itu saya berlajar, membaca, mencari, pendek kata saya explore sana sini untuk memantapkan pengetahuan dalam dunia kesihatan melalui supplement.

Meja kerja mesti complete
Start blogging sejak menyertai community bisnes Shaklee

Dalam masa yang sama, saya keep on berdoa minta Allah permudahkan segala urusan saya.

Alhamdulilah, Allah makbulkan doa hambanya… terima kasih Ya Allah, saya dapat menyertai community yang diketuai oleh Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn. Sebenarnya tak sangka dapat menyertai orang-orang sehebat mereka ini.

Bestnya bila berada dalam community Shaklee, kerana berada dalam kelompok orang-orang yang mempunyai tujuan yang sama dengan kita, terasa seronok dan nampak jalan yang lebih luas.

Walaupun semua kami menjual menda yang sama tetapi kami yakin bahawa Allah telah meletakkan rezeki setiap umatnya mengikut hasil usaha masing-masing.

Nak tahu tak kenapa community bisnes Shaklee ini best? Saya senaraikan 9 sebab :

1. Dibimbing oleh pakar

Community bisnes shaklee ini sangat best sebab kami bukan dapat ilmu dari sesama kami sahaja, malah, doctor-doktor luar juga dijemput untuk memberi pendedahan yang lebih terperinci tentang kesihatan dan nutrisi. Doctor-doktor tersebut akan menguraikan tentang punca-punca terjadinya satu-satu penyakit dan mereka juga akan memberi penerangan bagaimana hendak memahami kandungan-kandungan setiap supplements.

  • Dr Redza Rahman – Beliau adalah Professional Medical Scientist, Botanical drugs developer. Pakar dalam Pharmacogenomics dan Nutrigenomics untuk personalized dan precision.
  • Dr Hafiz Sulaiman – Beliau adalah doktor perubatan, Nutracuetical Expert function medicine practitioner.
  • Dr Haresh Kumar – Prof. Madya PHD dalam bidang sains perubatan dari UM, B.Sc dalam Mikrobiologi dari UM. Professor dan Pensyarah di UM, UTAR dan Uni. Mahsa.
Dr. Hafiz Sulaiman , Dr. Redza Rahman dan Dr Haresh Kumar
Dr. Hafiz Sulaiman , Dr. Redza Rahman dan Dr Haresh Kumar

2. Community

Kebanyakkan orang hanya rapat dan baik kalau ada kepentingan sesuatu, Friends with Benefit kata orang tetapi tidak pada community bisnes Shaklee, community ini mewujudkan ukhwah yang baik dan saling mengambil tahu antara satu sama lain, tanpa mengira latar-belakang setiap ahli atau level pangkat dalam Shaklee.

9 sebab kenapa community bisnes Shaklee sangat best
Online meeting

3. Online meeting

Selalu ada online meeting (zoom meeting) untuk menambah ilmu kesihatan dan ilmu perniagaan.

4. Discussion

Apabila berada dalam community, kami saling memberi idea apabila berada didalam perbincangan serta Saling sokong menyokong. The best part, semua ahli sangat positive thinking. Apabila berada dalam circle yang positive sebegini, secara tak langsung membawa saya juga menjadi seorang yg berfikiran positive malah boleh berfikiran lebih rational.

5. Update aktiviti

Ahli community akan sentiasa di update bila ada seminar-seminar yang berkaitan. Ini lah part yang paling penting bagi kami yang sentiasa mencari jalan untuk upgrade ilmu. Makin banyak ilmu yang cuba kita belajar, makin banyak lak yang kita nampak yang sebenarnya banyak lagi yang perlu kita gali. Dan, saya dapati setiap speaker mempunyai skil-skil yang berbeza untuk disampaikan so, setiap seminar saya mesti hadir untuk dapatkan ilmu-ilmu dia orang.

9 sebab kenapa community bisnes Shaklee sangat best
Seminar Dr. Redza Rahman

6. Ukhwah

Walaupun saya adalah sideline kepada Master Norita & Master Salwa Zeyn tetapi kemesraan yang terjalin tidak membayangkan yang kami adalah berbeza organisasi. Ini yang membuatkan saya terharu dan sentiasa rasa bersyukur kerana terpilih untuk berada dalam community ini.

7. Di event kita tidak keseorangan

Apabila ada event, tidak lah saya keseorangan, ahli community sentiasa ada dimana-mana menyebabkan kita rasa kita dikenali sana sini … hihi perasan famous gituu.

9 sebab kenapa community bisnes Shaklee sangat best
BLNC 2023
9 sebab kenapa community bisnes Shaklee sangat best
BLNC 2023

8. Kerohanian

Lagi satu, yang tidak banyak ada pada kebanyakan community lain ialah, share tentang keagamaan, seperti doa-doa, kerohanian dan peringatan-peringatan kepada Allah SWT.

9. Gift & consolation

Last but not least, Community bisnes Shaklee ini sangat best sebab setiap program, organizer mesti menyediakan hadiah yang best-best … Sentiasa ada jer buah tangan & saguhati untuk setiap perserta

Banyak lagi yang nak saya share tentang bestnya community bisnes Shaklee ini, tetapi ianya tak dapat nak dijelaskan melalui penulisan. Saya yakin, hanya orang-orang yang telah menyertainya sahaja yang faham apa yang saya rasai.

Asbab adanya community bisnes Shaklee inilah yang terterbitnya artikal saya yang sebelum-sebelum ini seperti INTERMITTENT FASTING dan SET KURUS SHAKLEE. Saya juga telah melahirkan rasa hasil daripada BLOG MEGA SHAKLEE 1.0.

Iniilah 9 sebab kenapa community bisnes Shaklee sangat best.