Mengenal Human Metapneumovirus (HMPV)
Human Metapneumovirus (HMPV) ialah virus pernafasan yang pertama kali dikenal pasti pada tahun 2001. Walaupun kurang dikenali berbanding virus seperti influenza atau COVID-19, HMPV merupakan penyebab utama jangkitan saluran pernafasan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, warga emas, dan individu dengan sistem imun yang lemah.
Apakah perbezaan antara HMPV dengan Covid19?
HMPV adalah sebahagian daripada keluarga Paramyxoviridae, kumpulan virus yang juga merangkumi penyebab penyakit seperti campak dan parainfluenza. Virus ini menjangkiti saluran pernafasan atas dan bawah, menyebabkan gejala yang berbeza-beza bergantung pada usia dan keadaan kesihatan individu.
Manakala Covid19, disebabkan oleh virus korona (SARS-CoV-2). Kedua-dua virus ini merebak melalui titisan udara dan boleh menyebabkan pelbagai gejala pernafasan. pesakit Covid19 ada mengalami masalah deria seperti, hilang deria rasa dan deria bau. Gelaja-gejala yang lainya, adalah hampir serupa, seperti :-
- Batuk
- Demam
- Selesema
- Kesukaran bernafas atau sesak nafas
- Keletihan
- Sakit tekak
Dalam kes yang lebih serius, terutama pada pesakit berisiko tinggi, HMPV boleh menyebabkan bronkitis, radang paru-paru, atau kegagalan pernafasan.
Pengalaman saya sebagai pesakit covid19
Saya terjangkit kerana tidak boleh mengelak situasi ketika itu. Arwah bapa saya dapat covid19 melalui adik saya, kerana adik saya salah seorang doktor yang handle kes covid. Semasa disahkan bapa positif covid, bapa saya terus ditahan dihospital, manakala saya pula kena kuarantin di rumah. Saya mula dapat gejala demam sahaja, dan masa tu saya terus pergi ke pusat perhimpunan di stadium Shah Alam.
Saya ditempatkan di MAEPS Serdang. Masa tu saya hanya demam sahaja. Batuk, selsema & Sakit tekak, saya tak kena. Tapi disebabkan prosedur pada masa itu semua pengidap Covid19 wajid dikuarantin di pusat-pusat yang disediakan. Saya berasrama di MAEPS selama 5 hari … Subhanallah, sungguh Allah nak beri saya pengalaman itu. Saya menerimanya sebagai “Beristirehat” yang Allah bagi kepada saya.
Siapa yang Berisiko?
Semua individu berpotensi dijangkiti HMPV, tetapi kumpulan berikut lebih mudah terjejas:
- Kanak-kanak kecil: Sistem imun mereka masih berkembang, menjadikan mereka lebih terdedah.
- Warga emas: Imuniti semula jadi menurun dengan usia.
- Pesakit dengan penyakit kronik: Termasuk mereka yang mempunyai asma, penyakit paru-paru kronik, atau masalah jantung.
- Individu dengan sistem imun yang lemah: Seperti pesakit kanser, HIV/AIDS, atau penerima pemindahan organ.
Bagaimana HMPV Menular?
HMPV merebak melalui titisan pernafasan yang dilepaskan ketika individu yang dijangkiti batuk, bersin, atau bercakap. Virus ini juga boleh tersebar melalui sentuhan dengan permukaan yang tercemar, diikuti dengan menyentuh mata, hidung, atau mulut.
Langkah-Langkah Pencegahan
Walaupun tiada vaksin khusus untuk HMPV, beberapa langkah boleh diambil untuk melindungi diri dan orang tersayang:
- Amalkan kebersihan diri: Basuh tangan dengan sabun secara kerap.
- Elakkan kontak rapat: Hindari individu yang mengalami gejala pernafasan.
- Tutup mulut dan hidung: Gunakan tisu atau lengan ketika batuk dan bersin.
- Membersihkan permukaan: Kerap lap permukaan yang sering disentuh seperti tombol pintu, meja, dan alat elektronik.
Rawatan dan Pengurusan
Tiada rawatan antiviral khusus untuk HMPV. Rawatan tertumpu kepada mengurangkan gejala, seperti:
- Mengambil ubat demam dan sakit yang dijual di farmasi.
- Minum banyak air untuk kekal hidrasi.
- Menggunakan pelembap udara untuk melegakan saluran pernafasan.
Bagi kes yang serius, terutamanya mereka yang memerlukan bantuan pernafasan, rawatan di hospital mungkin diperlukan.
Rawatan dengan vitamin
Bermula saya tahu bahawa saya adalah contact terdekat covid, saya double up pengambilan vitamin. Apa yang saya ambil adalah seperti berikut :
- Nutriferon – Sebagai Imune Booster. Menjana interferon supaya lebih alert. Mematikan virus yang menganggu yg ada dalam darah kita.
- Vita C – Meningkatkan ketahanan badan untuk melawan penyakit. Dan mengurangkan resiko kerosakan sel-sel badan.
- Zinc Plus – Penyembuhan luka dalaman, bertindak sebagai gam untuk mencantumkan luka-luka. Dan mengaktifkan sel-sel imun untuk fungsi yang lebih optimum.
- Vivix – Perlindungan sel, pemulihan sel, penjana kesihatan sel. Ni yang paling win. Perlindungan menyeluruh.
Kesimpulan: Belajar dari Pandemik
Pandemik COVID-19 telah mengajarkan kita betapa pentingnya kesedaran terhadap penyakit pernafasan. Sama seperti COVID-19, HMPV boleh menyebabkan beban kesihatan yang besar, terutama jika tidak dikesan atau dirawat.
Dengan langkah pencegahan yang sama, kita bukan sahaja dapat melindungi diri daripada COVID-19 tetapi juga daripada virus pernafasan lain seperti HMPV. Ujian dan diagnosis awal sangat penting untuk memastikan rawatan yang tepat.
Sebarkan kesedaran tentang HMPV agar masyarakat lebih bersedia menghadapi ancaman pernafasan yang sering tidak disedari ini.
Dapatkan harga istemewa dengan menghubungi saya. Anda boleh wasap saya di talian 0123134457 atau klik icon whatsapp yang ada di sebelah kiri paparan ini. Saya sedia dengan segala soalan anda. Saya juga boleh mencadangkan produk ikut bajet anda. Kenapa perlu pilih Shaklee sebagai Suppliment anda? Jawapannya ada pada artikal ini klik sini
Follow saya disemua media social saya :
Facebook Page : Info Sihat Bonda
Facebook Personal : Sukma Abdul
Instagram : Info sihat bonda su
TikTok : Sukma Abdul
You Tube : Sukma Abdul