Setiap perkahwinan pasti mahukan anak. Setengah wanita, mudah jer mengandung, tetapi ramai jugak yang jenis payah nak lekat. Teruskan pembacaan kerana bonda akan share Tips Untuk Wanita Hamil.
Hamil adalah kondisi fisiologi di mana seorang wanita membawa janin atau embrio yang sedang berkembang di dalam rahimnya. Kehamilan dimulai ketika sel telur yang telah dibiak oleh sperma pada dinding rahim dan berkembang menjadi embrio, yang kemudian menjadi janin. Proses ini umumnya berlangsung sekitar 40 minggu, yang dihitung sejak hari pertama haid terakhir wanita.
Bersedia untuk kearah fasa baru
Semua wanita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi bernutrisi sebaik saja merancang untuk hamil dan diteruskan sepanjang kehamilan agar dapat melahirkan generasi yang sihat. Ini kerana pemakanan sihat sebelum hamil akan membekalkan simpanan nutrisi bagi keperluan pembentukan janin pada awal kehamilan. Justeru itu, setiap wanita yang merancang untuk hamil perlu mengambil berat mengenai pemakanan bagi mengurangkan risiko kesihatan semasa hamil dan seterusnya melahirkan bayi yang sihat.

Sebagai persediaan untuk hamil, wanita perlu mengambil makanan yang seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi badan. Selain itu, amalkan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal (senaman atau bersukan), tidak merokok dan menjaga kesihatan mental. Wanita juga disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui lebih lanjut status kesihatan semasa seperti tahap glukosa darah, dan status hemoglobin (Hb) darah. Status Hb ini merupakan petanda penting samada wanita mempunyai masalah anemia yang mempunyai risiko tersendiri apabila hamil.
Semasa hamil, pengambilan makanan yang penuh nutrisi dan mencukupi masih perlu diteruskan disamping mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula, tinggi garam dan tinggi lemak (Amalan Pemakanan Semasa Hamil Bagi Kehamilan Yang Sihat). Peningkatan berat badan sepanjang kehamilan perlu dipantau agar memenuhi saranan ditetapkan. Peningkatan berat badan yang tidak mengikuti saranan akan menjejaskan kesihatan kepada ibu dan kandungannya (Saranan Peningkatan Berat Badan Sihat Semasa Hamil). Amalan pemakanan yang lebih spesifik juga perlu diikuti bagi mengatasi anemia semasa hamil seperti mengelakkan pengambilan makanan dan minuman berkafein contohnya teh dan kopi.
Persediaan sebelum mengandung dan Tips Untuk Wanita Hamil
Hindari alkohol – Sebagai orang Islam sememangnya agama kita amat melarang keras pengambilan minuman keras. So jangan sesekali tetiba teringin pulak semasa mengandung.
Kafein – Kafein dianggap menyekat Pertumbuhan janin yang sedang berkembang dengan menyempitkan saluran darah dan mengurangkan alirannya ke rahim.
Elakkan merokok – Wanita yang merokok mempunyai peluang untuk hamil 40% lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak merokok. Merokok juga mengurangkan jumlah sperma dan meningkatkan keabnormalan sperma pada lelaki. Ini bermakna untuk kehamilan sihat, anda dan pasangan perlu berhenti merokok.
Minum air kosong secukupnya – Ketika merancang kehamilan, sangat penting untuk memastikan anda mendapatkan air secukupnya – antara 8-10 cawan sehari.
Ini membantu buah pinggang untuk mengeluarkan bahan buangan daripada tubuh dan meningkatkan cecair serviks lebih berkualiti serta subur.
Tingkatkan pengambilan nutrisi dengan vitamin untuk pastikan zat cukup supaya pertumbuhan janin akan sihat dari dalam rahim ibu.
Vitamin yang diperlukan adalah seperti :
- Folic Acid yang ada dalam B Complex. Sangat penting untuk mengelakkan kecacatan keatas bayi.
- Calcium untuk mempastikan tulang kita kuat kerna anak akan amik tulang kita dalam pembentukkan tulang bayi.
- Multivitamin yang akan melengkapkan keperluan nutrien harian.
- Protein kerana dalam protein tumbuhan mengandungi Amino Asid yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.

Untuk dapatkan consultation yang lebih detail, klik icon wasap yang ada dikiri artikal ini atau klik link ini.