Travel dgn family adalah waktu yang paling seronok bagi kami, Family bonding kami. . Kami suka sangat-sangat. Memang sudah menjadi program tahunan kami. Setiap tahun kami akan allocate kan masa dan kewangan untuk pergi trip. Walapun hanya dalam negara, ianya tetap memerlukan perancangan yang rapi. Saya akan share tips travel, teruskan membaca.
Kalau tanya orang di sekeliling kita, kebanyakannya suka melancong. Siapa yang tidak suka melancong. Boleh naik kapal terbang, jalan-jalan lihat negara orang, dan melihat budaya serta bahasa yang berbeza daripada negara sendiri. Sememangnya, memberikan pengalaman yang luar biasa dan bermakna kepada kaki travel.
Tetapi, boleh dikatakan melancong bukanlah satu aktiviti yang murah kalau ingin dijadikan hobi dan juga perlukan ilmu yang secukupnya sebagai persediaan supaya tidak menghadapi masalah. Setengah orang sanggup catu perbelanjaan sebab nak menabung untuk pergi melancong.

Di sini saya ingin kongsikan 8 tips travel yang anda perlu tahu sebagai persediaan rapi.
Bajet –
Mengurus perbelanjaan adalah perkara utama dan sangat penting bagi mereka yang ingin pergi melancong, tidak kiralah sama ada di dalam negara atau di luar negara. Kerana Duit lah, sebab utama pelancong-pelancong ingin melancong ke serata tempat yang menarik di dunia, akan tetapi masalah berkaitan dengan wang sering berlaku bagi mereka yang tidak dapat menguruskan perbelanjaan ketika melancong dengan baik, masalahnya seperti jumlah perbelanjaan melebihi daripada jumlah wang yang dibawa.
Perancangan untuk kemana –
Teliti destinasi Anda, buat rencana perjalanan, dan lakukan reservasi yang diperlukan sebelumnya. Ini akan membantu Anda menghemat waktu dan menghindari masalah mendadak.
Pakaian –
Bagi mengelakkan anda membawa terlampau banyak bagasi ketika melancong, anda digalakan untuk membawa pakaian yang diperlukan sahaja, ketika melancong sudah tentu anda tidak mahu untuk membawa dan mengangkat beg atau bagasi yang banyak banyak dan berat.
Dokumen penting –
Dokumen seperti passport, visa, tiket perlulah di masukan ke dalam satu tempat seperti fail atau di dalam beg supaya mudah untuk dibawa dan dicari. Hal ini adalah untuk mengelakkan tidak berlakunya kes seperti kehilangan passport dan anda juga lebih senang untuk mencari dokumen tersebut. Ia juga dapat mengelakkan anda daripada menjadi kelam-kabut terutamanya di lapangan terbang.
Tiket –
Anda juga perlu bijak semasa membeli tiket kapal terbang kerana anda mungkin akan mendapat harga yang lagi murah pada waktu tertentu jika anda bernasib baik seperti waktu tengah malam. Boleh cuba sendiri tips ni!
Download applikasi penting yang berkaitan –
Amat penting muat turun applikasi seperti, hotel, tempat-tempat makan, petrol pump terdekat, map atau peta, klinik dan sebagainya.
Insuran perjalanan –
Ini juga antara perkara paling penting perlu anda lakukan! Sebelum pergi melancong, pastikan anda telah membeli satu pelan insurans perjalanan buat diri anda. Ia sangat penting agar anda boleh dilindungi sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika sedang bercuti nanti.
Vitamin –
Vitamin memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan tubuh, terutama ketika Anda sedang melancong. Kerana anda akan berada di persekitaran yang berbeza daripada tempat kita. Dan akan bertemu dengan ramai orang. Tinggikan imun sistem tubah anda.
Vitamin yang dicadangkan adalah :
- Vita-Lize – Multivitamin yang mengandungi 25 jenis nutrien yang diperlukan badan. Ia bantu memberi anda tenaga dan bantu tidur yang berkualiti.
- Vita C – Ini pun sangat penting untuk memastikan imun sistem tubuh anda tinggi untuk menghalang virus dan free radikal menjangkiti anda.

Melancong memberikan kesempatan untuk melepaskan diri dari rutin sehari-hari dan stres. Ini adalah waktu untuk bersantai, memulihkan diri, dan menikmati moment tanpa tekanan pekerjaan atau tanggung jawab lainnya. Dalam lingkungan yang baru, Anda dapat mengisi energi, bersantai, dan menikmati waktu Anda sendiri atau bersama orang-orang disayangi.
Jemput baca artikal saya yang lain di infosihatbonda dan sudilah sekiranya subscribe sekali ya. Thanks with love. Boleh juga explore blog rakan saya untuk menambah pengetahuan tentang tips travel.
tanggungjawabpdbadan #blogmeganextlevel #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleeCOD #shakleeselangor #shakleesgbuloh #shakleesgplong