Shaklee Fun Day adalah hari meriah untuk seluruh ahli Shaklee di Malaysia. Sejak dunia dilanda Covid19, iaitu sejak tahun 2020, inilah kali pertama Shaklee buat event jualan murah produk-produk shaklee. Ianya berlangsung di beberapa branch Shaklee seluruh Malaysia. Branch yang terlibat adalah Shaklee Home Office Petaling Jaya, Shaklee Shop Kuala Lumpur, Shaklee Shop Kota Bharu dan Shaklee Shop Johor Bahru.
HARI KERAMAIAN SHAKLEE
Tujuan Shaklee Fun Day ini dibuat adalah untuk mengembirakan semua ahli-ahli shaklee, apabila ramai yang hadir ke shaklee semasa event begini, ia akan membuatkan ramai berkumpul maka hubungan persahabatan akan terjalin sesama kami, kami berbual-bual bertukar cerita dan pengalaman, berkongsi tips dan secara tak sedar semua akan mendapat aura positif yang memberi semangat juang dalam industri perniagaan Shaklee. i love it.
AKTIVITI UNTUK KANAK-KANAK
Aktiviti yang dijalankan adalah sangat menarik. Bukan mak ayah aje yang seronok, anak-anak pun gembira sebab ada juga aktiviti mewarna disediakan untuk anak-anak kita. Bagi semua pengguna Shaklee anda boleh melakukan pemeriksaan kesihatan (Mass body index) yang ditawarkan oleh Shaklee. Pemeriksaan tersebut adalah untuk tahu apakah berat badan kita sekarang berada ditahap mana, samada sedang elok atau kurang berat atau terlebih berat, mesin pengukur tersebut juga boleh mengesan kadar air dan lemak dalam badan kita.
YOUTH SKINCARE
Yang paling syok sekali, Shaklee telah buat promo bagi item Skincare Youth. Ni la skincare yang saya consume selama ini. Kalau siapa yang pernah cuba Youth Skicare ni, pasti tahu betapa bezanya skincare ni berbanding produk skincare yang lain. Pada hari tersebut juga, cleanser dan toner Youth ada diskaun sebanyak 5% . Untuk set kombo iaitu cleanser, toner dan SPF 50 akan dapat diskaun sebanyak 10%. Maka berduyun-duyun order masuk daripada pengguna setia Youth. rugi kot tak grab promo macamni kan. Berebut-rebut la para SID nak grab promo best. Terutama sekali untuk Product Rangkaian Youth yang jarang- jarang ada promosi ni.
Untuk ahli baru yang join Shaklee, jika anda mendaftar pada hari tersebut dengan pembelian minimum pembelian 100 uv berbagai hadiah yang ditawarkan. Contohnya ada hadiah payung, notebook, seramic mug, pouch, beg. Sebagai yang sedia dah ahli Shaklee. Ada juga hadiah menanti anda mengikut pembelian minimum 100 uv. Seronok ye samping shopping vitamin sambil dapat banyak hadiah.
Pengunjung juga disediakan minuman seperti Performance drink & Cinch ketig-tiga perasa… Untung sungguh la dapat menikmati minuman yg berkhasiat… mahal u…
Lihatlah kemeriahan di event Shaklee fun day… orang tak kisah pun beratur panjang sebab kami tahu nilai setiap produk Shaklee, bila ada peluang untuk membeli dengan harga “rahmah” maka apa lagi… serbuuuu … Jemput baca KENAPA SUPPLEMENT SHAKLEE TERBAIK supaya anda nampak kenapa pencinta Shaklee tidak akan beralih arah setelah mengenali dan makan minum produk Shaklee.
Jom tengok SHAKLEE FUN DAY yang dikongsikan oleh sahabat saya.
#shakleethrive2023 #shakleetriump2023 #blogmegashaklee #shakleesungaibuloh #shakleecod #shakleeselangor