Apabila sebut sahaja tentang hari raya, yang paling seronok adalah kanak-kanak. Bila ditanya kat kanak-kanak apa yang seronoknya hari raya? Semua akan jawab “nak duit raya”… hihi … memang kanak-kanak dengan duit raya tidak dapat dipisahkan.
Balik kampung beraya juga sesuatu yang menyeronokan kerana ini jer lah waktu yang dapat berjumpa semua adik beradik dalam satu masa. Kak su kampung di Temerloh Pahang dan suami kak su pula orang Perlis.
Tetapi sekarang ini balik kampung sudah berbeza rasa semenjak mak & ayah kami dah tak ada, pendek kata, kami kedua-dua belah, telah menjadi yatim piatu. Walaupun begitu, kami tetap mengekalkan kaedah beraya ikut giliran. Kalau balik kampung kami akan melawat adik-beradik dan mak pak sedara yang masih ada.
Seronoknya Hari Raya bila dapat berkumpul dengan keluarga dan sahabat. Hari Raya adalah waktu yang tepat untuk berkumpul dengan keluarga dan sahabat yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Berkumpul bersama-sama, saling bermaafan, dan berbincang-bincang adalah aktiviti yang menyenangkan dan mempererat hubungan kekeluargaan.
Hari Raya juga merupakan waktu yang tepat untuk memakai pakaian Raya yang baru atau memakai pakaian tradisional seperti baju kurung, baju Melayu, atau kebaya. Pakaian Raya memberikan rasa kemeriahan dan kegembiraan dalam suasana Hari Raya.
Duit Raya adalah hadiah yang biasa diberikan kepada anak-anak sempena Hari Raya. Part ni la yang kanak-kanak paling suka. Anak-anak akan merasa gembira dan bersemangat apabila menerima duit Raya, dan ini juga menjadi satu lagi tradisi yang menyenangkan sempena Hari Raya.
SERONOKNYA HARI RAYA
Bab Makan adalah antara perkara seronoknya hari raya. Semasa bulan puasa, hampir semua orang bersemangat untuk turunkan berat badan. Cukup sebulan puasa, timbang badan, seronok bukan kepalang bila tengok kat penimbang yang berat badan dah turun 5-6kg. Wajah berseri-seri bersiap dipagi raya dengan badan yang dah ringan.
Tetapi, bila pergi beraya ke rumah orang, dah tentu-tentu kena makan, makanan lak sedap-sedap belaka, jadi makan tak ingat dunia. Favorite kak su adalah ketupat palas atau lemang dengan rendang daging, Allahu makan sampai sebu perut. Pastu gi lak berjalan kerumah orang lain yang buat bihun sup… ni pun favorite kak su… makan lagi… haha … macam mana tak naik badan? Balik rumah timbang, huwaaaaa rasa nak nangis bila tengok naik balik 2-3kg.
Bagi kak su pula, kak su tidak terlalu risau bab naik badan, kerana kak su ada produk yang sangat membantu kak su untuk maintain berat badan kak su dan keluarga kak su. kak su akan sentiasa pastikan pengambilan vitamin sebelum dan sesudah makan makanan. Dalam artikel rakan kak su, Kawal kolestrol dihari raya dengan Shaklee, ada tips untuk control berat badan, anda bulih explore ya.
Seronoknya Hari Raya bersama Shaklee
- Vivix – akan memusnahkan sel-sel lemak dalam badan dengan cepat secara semulajadi dan ditukarkan kepada tenaga. Hormon estrogen yang tinggi akan menyimpan lemak badan yang berlebihan
- Cinch Tea – sangat popular terutama bagi mereka yang sedang mencari minuman untuk meningkatkan metabolisma, tenaga badan, untuk mengurangkan inci dan kurus terutama di bahagian perut dan peha serta bagi mereka yang terlalu ketagih dengan minuman manis dan minuman 3 dalam 1.
- Omega – sebagai agen pembakar lemak degil.
- Lecithin – mempercepatkan pemecahan lemak, membantu keseluruhan proses dan hasilnya boleh meningkatkan metabolisme
- Herb Lax – sebagai pengangkut sampah dalam usus. Ia adalah julap atau laxative yang akan menolak semua bendasing dalam usus supaya tiada apa yang tinggal. Perut kita akan rasa ringan setelah habis semua keluar.
Dalam artikel sebelum ini, kak su ada kongsikan tentang set kurus, dan boleh juga kalau nak explore blog sahabat kak su tentang SERONOKNYA HARI RAYA DENGAN SHAKLEE. Anda berminat dengan cara kak su menjaga dan maintain kesihatan tubuh badan kak su? Meh kita borak-borak, just touch jer icon wsapa yang ada di kiri page ini.