Bermula pada tahun 2020 dimana PKP dijalankan kerana pendemik melanda dunia. Pendemik melanda dianggap sebagai satu musibah tetapi ia ada hikmah bagi sesetengah orang. Antaranya, rakyat mula ber kerja dari rumah.
Keistimewaan
Bekerja dari rumah memiliki beberapa keistimewaan yang menarik minat bagi kebanyakan orang. Berikut adalah keistimewaan bekerja dari rumah:
- Waktu yang flexible: Salah satu keistimewaan utama bekerja dari rumah adalah waktu yang flexible. Anda dapat mengatur jadual kerja sesuai dengan keadaan dan keperluan Anda. Ini memungkinkan Anda untuk menyesuaikan waktu kerja dengan waktu yang paling produktif bagi Anda, serta memberikan flexibiliti dalam menangani urusan kerja, peribadi dan keluarga.
- Penjimatan masa : Bekerja dari rumah menjimatkan masa seperti, perlu bersiap-siap untuk keluar bekerja. Dan apabila berada diatas jalan, kena menghadapi kesesakkan lalu lintas. Bila sampai di tempat kerja, kena mencari tempat parking pula. Parking pula perlu dibayar setiap kali pergi ke office.
- Berada dalam suasana yang selesa : Apabila anda sudah set untuk bekerja dari rumah maka sudah tentu anda akan menyiapkan ruangan khas yang selesa dan mencukupkan segala keperluan bekerja. Dan ianya lebih privacy.
- Anda akan lebih fokus : Apabila anda keseorangan, konsentrasi anda akan lebih terhadap pekerjaan anda. Tiada orang yang akan kejap-kejap datang kepada anda untuk bertanya itu dan ini. Juga tiadalah masa terbuang kerana berborak kosong dengan rakan sekerja. Ini dapat meningkatkan produktiviti dan efisiensi kerja Anda.
- Anda mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga. Anda sentiasa ada dalam rumah yang amat diperlukan oleh anak-anak dan pasangan anda. Dan, apabila berada dalam rumah lebih selamat daripada jangkitan sebarang penyakit yang sedang berleluarsa diluar rumah.
Keburukkan
Namun, setiap kebaikkan pasti ada keburukkannya tersendiri. Walaupun seronok dan selesa berkerja di rumah, ada beberapa perkara yang dianggap sebagai keburukkan kerja dari rumah seprti berikut :
- Kurang bertemu dengan orang. Tiada berinteraksi dan bersosial. Mungkin akan mewujudkan rasa bosan apabila bekerja keseorangan.
- Kekurangan waktu berihat. Apabila bekerja dirumah akan terjadinya susah hendak mengasingkan antara waktu rehat dengan waktu bekerja. Tengah mengadap kerja-kerja office tetiba telintas dalam fikiran tentang kerja rumah pula, hihi.
- Gangguan daripada sekeliling anda. Salah satunya, anak-anak. Apabila anak-anak tahu yang ibu bapa nya ada dalam rumah maka gangguan akan terjadi kerana anak-anak sentiasa mencuba menarik perhatian anda.
- Kurangnya disiplin dan motivasi: Bekerja dari rumah memerlukan disiplin yang tinggi untuk tetap fokus dan produktif. Tanpa pengawasan langsung dari atasan atau rakan kerja, Anda harus mengelola waktu dan tugas sendiri. Kekurangan motivasi kerja dan meningkatkan risiko terjadinya penundaan atau pekerjaan yang tidak selesai tepat waktu.
- Gangguan Internet. Haha yang ini memang naya kalau tengah syok-syok mengumpul info daripada laman web tetiba signal lost.
Dari sudut kesihatan
Selain daripada itu. Untuk kesihatan juga mempunyai effect tertentu apabila bekerja dari rumah. Dari sudut jangkitan penyakit mungkin ianya bagus sebab tiada penyebaran atau penerimaan virus yang datang daripada udara. Dan mungkin juga anda boleh curi-curi mencari ruang untuk berehat seketika. Anda boleh take a nap.
Tetapi ramai juga yang mengalami sakit-sakit belakang kerana duduk terlalu lama. Seorang doktor keluarga dari Tayka Medical Family Clinic di Jurong, Dr Sunil Kumar Joseph berkata bahawa aduan yang lazimnya diterima adalah sakit otot seperti sakit belakang dan tengkuk serta migrain atau sakit kepala akibat tekanan. Boleh rujuk artikal ini. Klik.
Dalam hidup ini, kita mempunyai banyak pilihan. Sekiranya tidak boleh buat cara begini maka kita cuba cara lain pula. Semuanya atas kebijaksanaan kita untuk menghadapi segala halangan dan dugaan. Setiap perkara mesti ada buruk dan mesti ada baiknya. Tiada yang seratus peratus perfect!
Saya suka berkerja dari rumah
Tetapi saya bahagia bekerja dari rumah. Kesimpulanya, semuanya atas kita, bagaimana cara kita handle situasi tersebut. Jadual juga kita yang buat. Mungkin bagi yang ada anak-anak yang masih memerlukan perhatian ianya agak mencabar lah. Namun anda boleh terus istiqomah kerna kemanisan hasil daripada istiqomah & sabar pasti ada. Walau bagaimana pun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Saya jemput anda subscribe blog saya dan wasap saya untuk memanjangkan ukhwah kita .
#tanggungjawabpdbadan #blogmeganextlevel #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #shakleeCOD #shakleeselangor #shakleesgbuloh #shakleesgplong