Bonda pernah 5 kali hamil, tetapi semasa hamil anak ke 4, bonda keguguran. Alhamdulilah 4 orang anak membesar dengan sihat dan bijak ( ibu-ibu memang akan sentiasa cakap yang baik-baik jer untuk anak-anaknya)

Semasa kehamilan pertama, bonda sangat muda, umur 21 thn. Tidak alert sangat bab kepentingan vitamin. Bukan tak makan langsung vitamin, makan la yang doktor bagi, tetapi selalu culas. Makan bila rasa nak makan jer.

Begitu juga semasa kehamilan ke 2, belum kisah bab zat untuk baby. Tetapi masa tu arwah mak masih ada, makanya makan minum banyak arwah mak yang masak dan sediakan. Bonda berkerja pada masa tu, dan duduk serumah dengan arwah mak. Maksudnya bila banyak makan yang dimasak sendiri dan makan dirumah ianya lebih selamat.

Memang ramai bertanya. Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin atau pun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan? Sebenarnya amat perlu. Untuk memastikan ibu dan bayi sihat.

Keperluan Untuk Wanita Hamil

Apabila disahkan hamil, Wanita itu sudah sepatutnya memikirkan dan merancang pemakanan yang bagus untuk dirinya dan untuk bayi yang sedang dikandungnya. Bakal ibu tersebut perlu merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Anda mahu memastikan bayi anda sihat dan sempurna maka anda wajib memastikan pemakanan yang anda ambil adalah yang berkhasiat sahaja.

Keperluan vitamin untuk wanita hamil

Secara amnya, ibu hamil perlu memilih makanan yang tinggi kandungan kalsium, zat besi, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin D dan asid folik. Doktor anda mungkin menasihati anda untuk mengambil asid folik dan suplemen zat besi untuk melengkapkan keperluan harian anda.

Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang

Ianya dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Asid Lemak Perlu

Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

Vitamin D

Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

Keperluan Untuk Wanita Hamil

  • Sebelum membeli sebarang vitamin atau suplemen, baca label dengan teliti bagi memastikan dos dan kandungan yang tepat dan selamat dipilih agar sesuai dengan keperluan ibu.
  • Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan ubat serta gaya hidup bagi menentukan vitamin dan suplemen kesihatan yang terbaik dan selamat diambil.
  • Pastikan ibu hamil tidak mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selain yang dicadangkan oleh doktor ataupun ahli farmasi.
  • Bagi mengelakkan loya, cuba ambil suplemen kesihatan pada waktu malam sebelum tidur. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selepas makan bagi mengurangkan iritasi dengan perut kosong.
  • Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asif folik, zat besi, vitamin D dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B12, potassium, zink dan vitamin E.
  • Multivitamin bagi kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, kerana jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Ibu hamil juga perlu mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi seperti hati dan juga produk berasaskan hati seperti minyak hati ikan (fish liver oil). Bagaimanapun, vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A, iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi.

Keperluan Untuk Wanita Hamil dengan produk Shaklee :

Set Prenatal

ESP – Membantu me guatkan rahim bagi ibu yg sedang hamil. Membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan, mencantikkan kulit, membantu memberi tenaga kepada si ibu.

VitaLize – Multivitamin sebagai pelengkapkan kekurangan nutrient ibu mengandung yang banyak diserap oleh bayi, mencegah anemia, memberi tenaga.

B Complex – Dilengkapi dengan asid folic yang penting untuk saraf, menstabilkan hormon dalam badan, memberi tenaga dan emosi lebih stabil.

Ostenutrix – membekalkan kalsium dan membantu masalah sembelit, pembentukan tulang, mencegah masalah kejang atau simpul biawak.

Smooth Tummy Oil РDengan kandungan tambahan Halia Bentong. Akan sentiasa menenangkan urat saraf. Kepada ibu sdg hamil, pakai minyak ni utk elakkan berlakunya rekahan. Minyak ini bleh memudarkan kesan² rekahan pd kulit perut kesan hamil.

Relaxing Magnesium Gel – Ia akan membuatkan si ibu rasa relax dan tenang jer, akan mengurangkan stress dan tidur pun akan lebih lena.

Sekiranya anda sedang mencari-cari produk keperluan untuk wanita hamil, jangan rasa teragak-agak untuk hubungi bonda naa, kita borak-borak bertukar idea dan bonda akan share tips yang berkaitan.

Sekarang ni ada promosi taw, sekiranya ingin tahu lebih, hubungi bonda, klik wasap ini.