Bahagia mempunyai banyak maksud mengikut feel masing-masing. Setengah orang, hidup yang serba sederhana sudah cukup bahagia baginya. Setengah orang pula, mempunyai pasangan yang romantik, itu pun sudah cukup membahagiakan. Pasangan yang dah kawin, tiba-tiba hamil dan akhirnya memiliki anak, itu jugalah bahagia penuh rasa syukur.

Bagi saya, bahagia itu, asalkan tidak menyedihkan hati dan tidak menyakitkan tubuh badan, kira bahagia dah tu. Cukup makan, cukup pakai, ada rumah dan ada kereta untuk keman-mana. Bersyukur dengan apa yang ada.

Tetapi, sekiranya hidup kita tiada hutang, lagi bahagia. Tiada hutang dengan manusia dan hutang bank. Selain daripada itu, kita dapat atau boleh buat apa yang kita minat.

Memiliki keluarga bahagia juga adalah satu anugerah kebahagiaan. Anak-anak, semasa kecil penuh dengan kerenah yang memenatkan tetapi hati ibu tetap rasa bahagia. Anak-anak membesar depan mata, anak-anak soleh & solehah, berjaya menamatkan persekolahan. Seterusnya masuk ke universiti. Dan berjaya menamatkan pengajian mereka.

Bila anak-anak dah besar, ada yang dah berkahwin. Bahagia ibu bapa melihat anaknya telah ada yang menjaganya. Kemudian mereka memiliki anak, automatic kita dah jadi nenek dan datuk. Satu kebahagiaan tu.

Anak-anak yang lain, masing-masing telah ada kerjaya yang diminati. Ibu bapa telah lega dan merasa berlapang dada melihat kejayaan anak-anak. Itulah bahagia penuh rasa syukur.

Debaran sehingga tangan menggigil

Kebahagiaan terbesar yang terbaru yang saya kecapi ialah dapat menunaikan Haji. Masih kuat diingatan, Pertama kali diberitahu adalah melalui SMS. Dalam SMS tersebut meminta kami layari website THjari.com.my untuk pengesahan penerimaan tawaran tersebut. Dengan tangan yang agak menggigil saya terus melayari website tersebut. Allahuakhbar, ianya sesuatu yang benar-benar membahagiakan jiwa raga saya.

Tawaran Haji 2024

Tamat Sudah Penantian

Kami mendaftar Haji pada tahun 2008. Tertulis pada surat pengesahan pendaftaran haji bahawa kami dijangka mendapat giliran menunaikan haji pada tahun 2026. Masa tu terasa benar lamanya nak menanti. Tapi redhor jer lah. Tetapi kami tidak berserah pada keadaan, selepas 8 tahun mendaftar, kami start buat rayuan setiap tahun, akhirnya tahun ke 8 rayuan baru lah kami ditawarkan menunaikan haji… Syukur ya amat-amat kepada Allah SWT.

Bahagia dapat bantu orang sihat

Saya telah lama dalam industri food suppliment, bermacam-macam masalah kesihatan yang selalu saya temui. Saat bahagia saya ialah apabila pengguna produk yang saya cadangkan mendapat kesan yang positif. Bertambah bahagia apabila diberitahu mereka telah pulih daripada masalah kesihatan yang mereka tanggung.

Testimoni bengkak gusi, Kenalan saya tiba-tiba mengalami bengkak gusi yang sangat menonjol, sehingga gig-giginya jadi jarang, malah ada part yang bernanah. Sesiapa tengok pun akan rasa ngilu … bayangkan lah orang yang menanggungnya. Makan dan minum tak lalu sebab sakit. Nak bercakap pun seksa.

Beliau telah dirujukkan kepada pelpagai doktor, doktor gigi kata tak ada kena mengena dengan masalah gigi. Doktor urat saraf kata, urat sarafnya okey tiada masalah. Doktor yang bagi ubat darah tinggi tukar ubat sebab menyangka mungkin ubat darah tinggi penyebabnya. Sebab beliau adalah pengidap darh tinggi. Setelah tukar 2-3 jenis ubat, gusi beliau tetap tiada sebarang perubahan.

Maka saya pun mencadangkan mengambil 3-4 jenis produk Shaklee. Set ini adalah untuk pemulihan urat saraf, pemulihan sel dan cuci darah. Alahmdulilah setelah consume dengan istiqomah, beliau dengan happy nya dan mengucapkan terima kasih yang sangt-sangat kerana mencadangkan produk Shaklee. Explore “kenapa kena pilih Shaklee

Set bengkak gusi

Bersyukur dengan semua jenis kebahagian

Setiap orang mempunyai bahagia tersendiri. Apa pun cara atau perasaan BAHAGIA yang kita rasa, kita wajib mensyukurinya dan berterima kasih kepada sang Pencipta makhluk dan alam ini.

Klik icon wasap yang ada dikiri paparan ini atau ke talian 6012 313 4457 untuk chichat dengan saya, memanjangkan ukhwah dan menambah kenalan adalah satu perkara yang baik dan sihat. Bahagia saya bila dapat kenalan baru.. Hihi.

Anda juga boleh cari saya dimedia sosial lain seperti :

  1. Facebook : Sukma Abdul
  2. Instagram : Info Siaht Bonda Su
  3. Tiktok : Bonda Sukma

#shakleesgbuloh #shakleCOD #shakleeselangor #sayangikesihatananda #tanggungjawabkepadabadan #ESPshaklee #Vitaminshaklee #thebestvitamin #trustedawards4x